ini baru worldd.......
WaaarrrghhHH!!!! Ini lah album yg paling laris setakat ini di malaysia..Baru seminggu di keluarkan,Album ini sudah mendapat sambutan hangat dari para peminat budak ni.Setakat ini album ini sudah terjual sebanyak 2 juta unit serba satu...Dengan setiap pembelian di beri hadiah percuma atau hadiah sampingan dari pihak penaja keset budak ni..Sekilo darah kambing afrika menjadi santapan penggemar lagu2 budak ni...so..mari kite tengok lagu2 yg Hit dalam Album budak ni...WaarrrggggghHHH!!!!Side 11) Aduhai Saleh
2) Pemujaan Darah Tenggiling
3) Sembah Salam Jin Afrit
4) Siku Ku Di Belenggu
5) Berudu Dalam Telinga Mu
6) Keranda Terbang Mana Pemandunya? (Duet Dengan Ramlah Ram)
7) Almari Ku Di Goncang Bigfoot (Versi Zapin)
Side B1) Jemari Ku Dalam Perut Mu
2) Jiwa Tersiksa Masuk Neraka ( Duet Dengan Raihan)
3) Ku Ludah Di Perut Mu Sambil Ketawa
4) Anak Jin DI Pohon Serai
5) Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Jalang?
6) Selimut Putih Di Mesin Basuh Mu
7) Kepala Ku Di Penggal Mak Nyah
Posted at 11:46 am by Mr_Ahaks
Permalink
Pasti ramai yg tertunggu-tunggu filem seram di panggung wayang anda dan kami persembahkan filem seram paling maharani seram pernah di tayangkan pada dekat ini "Pontianak Harum Seluar Dalam".
Jalan ceritanya yg penuh saspen dan mendebarkan pasti menggeletek pinggang anda ketika ketakutan yg teramat sangat.Dengan pelakon2 baru yg beribawa dalam perwatakkan hantu yg menakutkan dengan image2 wajah yg berbentuk puaka menambahkan lagi ketakutan untuk kaki wayang cerita seram.
Kisah ini bermula apa bila seorang penagih dadah telah mencuri seluar dalam kepunyaan makcik rokiah yg ketika itu sedang membuang air besar,Ini menyebabkan makcik rokiah terkejut atas kehilangan seluar dalamnya itu lalu mati berhampiran najis beliau yg masih blom di jirus dengan air.
Ketika majlis tahlil Arwah makcik rokiah di adakah di rumahnya di simpang renggam telah berlaku sesuatu kekecohan di mana Tok Imam yg membacakan Doa pensan akibat ternampak jelmaan Makcik Rokiah di tepi tangga sambil mengorek idongnya yg penuh dengan serangga-serangga yg sering kali kita nampak di taman tema air sanweh legon.
Untuk tahu lebih lanjut..lebih baik anda pergi tengok cite itu sendiri...saya dah takut nak cite lagi ni...dah menggeletar tumit kaki saya ni..takut sangat la...ok..la...Adios!!
Posted at 01:22 am by Mr_Ahaks
Permalink
Posted at 02:03 am by Mr_Ahaks
Permalink
TAHUKAH ANDA!! ANDA!! ANDA!!
TAHUKAH ANDA!!!
Jika Seekor Kambing Di Langgar Oleh Sebuah Keretapi Yg Kelajuannya Melebihi Kelajuan Tapir Berlari..Kambing Itu Mungkin Boleh Mati Atau Koma 89 Hari 78 Malam Tanpa Sedarkan Diri...Tetapi Jika Kambing Itu Melanggar Sebuah Keretapi Yg Berhenti Dengan Kelajuan 80Km sejam...Maka Otak Kambing Itu Ternyata Sudah Tidak Berfungsi Dengan Baik Atau Nama Melayunya Yg Di Panggil "GILA".
Besi Berani Adalah Panggilan Yg Biasa Kita Panggil Untuk Besi Berani lah...Tetapi Tahukan Anda Besi Berani Yg Kononnya Berani Tidaklah Seberani Yg Kita Sangkakan...Ini Terbukti Atas Kajian Salah Seorang Ahli Sains Yg Terkemuka Di Selatan Tanah Air Thai Dimana Beliau Menyuruh Besi Berani Itu Berlawan Tomoi Dengannya...Ternyata Besi Berani Itu Tidak Melawan Sama Sekali.
Tahukah Anda Kereta Kebal Tidak Pernah Berguru Dengan Mana-Mana Pendekar Di Seantero Dunia Untuk Menjadi Kebal...Kereta Kebal Juga Tidak Memakai Tangkal-Tangkal Yg Selalu Di Pakai Oleh Orang Yg Kononnya Kebal..
Perbezaan Badak Air Dan Badan Sumbu Tidak Lah Begitu Ketara Sebenarnye...Cuma Yg Membezakan Mereka Adalah Badak Air Lebih Banyak Menghabiskan Masanya Di Dalam Air...Manakala Badak Sumbu Banyak Menghabiskan Masanya Di Kelab Dangdut
Bagi Orang Islam Kita Tidak Boleh Memegang Babi Sesuka Suki Kita..Dan Kita Tidak Boleh Memakannya (Kecuali Darurat)..Tetapi...Siput Babi Dan Kutu Babi Kita Boleh Memegangnya Tetapi Masih Tidak Boleh Dimakan...Kalau Korang Makan Kutu Babi Tu...Korang Dari Ketogeri Monyet...hehe
Angka 666 Selalunya Di Kaitkan Dengan Nombor Syaitan...Tetapi Bagi Nombor 4 Angka Selalunya Di Kaitkan Dengan Kaki Nombor.
Tahukan Anda...Jika Cicak Berada Di Dalam Bahaya...Beliau Akan Memutuskan Ekornya Untuk Mengelirukan Pihak Lawan...Tetapi Jika Anda Bersama Buaya Yg Panjangnya 20 Kaki..Lebih Baik Anda Melarikan Diri Darinya..Ini Kerana Buaya Itu Mampu Memutuskan Kepala Dan Nyawa Anda
Posted at 10:45 am by Mr_Ahaks
Permalink
Huh!!..KEMENTERIAN KESIHATAN hendak kasi jarum suntikan dengan kondom percuma kat mat-mat penagih ni...apa sudah jadi ni..boleh ke rancangan ini di laksanakan...dari beli jarum suntikan..lebih baik beli biskut meri kasi diorang makan...ader gak kenyangnya...kalau nak di ikutkan negara2 jiran atau luar negara...benda ini kene pandang pada sudut agama plak..adekah agama kita kasi benda-benda maksiat ini berleluasan...aku rasa banyak lagi cara lain yg boleh di buat...tapi malas plak aku nak cadangkan..sebab ari tu aku dah cuba nak masuk parlimen...tapi diaorang tak kasi aku masuk...sebab aku tak layak...haha...mane bleh kira camtu...bukankah negara kira ini boleh menyuarakan pendapat masing2...jadi mana yg bleh pakai tu kasi gunalah...
Aku rasakan..lebih baik kita asingkan mat-mat gian ni yg sudah agak2 kritikal di satu pulau..pastu kita beri mereka didikkan agama yg best kat diaorang...kasi betul2 insap sama diorang...tapi kat pulau tu mestilah semuanya mat-mat gian...baru la mereka sedar..sape diri mereka...bukannya nak mengasingkan mereka dari dunia ini...tapi hanya buat sementara...agak2 meraka dah bleh hidup berdikari...kita kasi lepas la same mereka...
Satu lagi...kepada ahli-ahli keluarga terutama ibu bapa....kalau bleh jangan la memaki hamun kalau anak dah O.K tu...lebih baik kita kasi semangat sama diaorang...kalau asik maki diaorang jer...lelama diaorang pun naek tensen...bukankan kalau ibu yg berkata tu umpama satu doa...so..kalau dia asik terima maki jer..mana boleh jadi...dari bagi maki..lebih baik kasi sejadah ke..songkok ker...askerim ke...lagi best...kat mesia ni banyak mat-mat gian..secara besar-besaran ader...kecil-kecilan pun ader...kadang2 bebudak sekolah pun ader...apa kita nak salahkan siape?
Seperti yg kita tahu...kalau kita ikut Al-Quran Dan Hadis2 Nabi...Kita pasti tidak akan sesat..kalau lah manusia kat bumi ini baik dan beriman kepada Allah...aku rasa dunia ni tak ade hari kiamat...Tapi memandangkan Dia Maha Pencipta...jadi Dia lebih tau apa yg dia ciptakan...Jadi di sini Agama ini paling penting dalam diri kita..
Jadi aku harap KEMENTERIAN KESIHATAN tu...kaji lah balik apa yg diorang buat...gi ikut cakap MENTERI KESIHATAN tu buat apo...dia cina...dia tak tau adap2 ISLAM..jadi kita kena renungkan dan fikirkan jalan terbaik..fikirkan semula..adekah langkah memberi jarum suntikan dengan kondom secara percuma itu dapat memberi manafaat pada kita...Mungkin HIV bleh di cegah...tapi maksiat??..mohh kita kasi cadangan bersama-sama...nanti aku jadi wakil rakyat...aku bubuh dalam parlimen...huhuh...sekian untuk minggu ini..Astalavista Bebeh!!
Posted at 06:32 am by Mr_Ahaks
Permalink
RingTone terbaru..Pasti menarik...membuatkan orang memandang anda apabila HP anda berdering...tiada lagi bunyi RingRingRing...Penuhi Citara Anak-Anak Muda Merdeka Lagi Kurang Ajar...Pilih Saja RingTone Kegemaran Dan hantarkan ke 323232.
330556 - Binatang Kehidupan - Yanto/Roki
330557 - Lekat Pada Mu - Yuski
330558 - Mana Mungkin Dong - Dagang Nopaizah
330559 - Color Hujan - Zamana
330560 - Jangan Pisaukan - Phyle
330561 - Simbiosis Kordinat - Elle
330562 - Jambangan Pilu - Khak Tuih
330563 - Hanya Di Tahi Mata - Erre Pajira
330564 - Eh! Biar Betul DOl? - Aker
330565 - Nehi Mungkin - Anoar Zeng
330566 - Paling Comot - Acih/Ct diano
330567 - Hoi Hoi Bye Roti - Ezling
330568 - Sandarkan Pada Kerusi - Kamal Abdillah
330569 - menghitung Kari - Keris Dayante
330570 - Mentega Sarapan Pagi _ M.Basir
330571 - Kebaldian Cinta - Anoar Zeng
330572 - Ada Apa Dengan Dinda? - Meli Goslo
330573 - Bukan Planta Biasa - Citi Noliza
330574 - Lembah Asrama - Ziane Zeng
330575 - Wasini Lusana - Wakida
330576 - Sambal Apa Saja - Hatton
330577 - Akura - Kamal Abdillah
330578 - Perpisahan Terlansing - Keh.R.Yuh
330579 - Lukamu Lukamu Lah - New Goi
330580 - Syurga Di Katil Kita - Ziane Zeng
330581 - Tanya Sama Itu Daut - M.Basir
330582 - Bunyi Piano - P.Lamli
330583 - Jangan Nafaskan - Keh.R.Yuh
330584 - Pandang-Pandang Ludah-Ludah - Ct/Salin
330585 - Kasih Latijah - Spender
330586 - Anak Tapir - Tu Pet
330587 - Puncak Niaga - Ziane Zeng
330588 - Aku Sakit - O.A.GI
330589 - Aladon - Spender
330590 - Antara Kudis - Danemeh
330591 - Ala Cangkong - Tu Pet
P/s:Kami Tidak Akan Menanggung Kos Penghantaran Ke Rumah
Posted at 03:21 pm by Mr_Ahaks
Permalink
Soalan SPM Akan Datang
1. Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?
A: Alfonso D' Albuquequer
B: Al-Malek
C: Abukaki
D: Al apokobondo nih
E: Al..Al..Alpa romeo
2. Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?
A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku..isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.
3. Siapakah pegawai British di Sarawak?
A: James Brook
B: James Beruk
C:Jem Pisang
D: James Bond Tot
E: Khalid Jamlus
4. Kenapa Hang Jebat mengamuk?
A: Kerana mengetahui Hang Tuah mati dibunuh Soltan.
B: Aweknya dikebas datuk bendahara.
C: Kalah main takraw dengan anak buahnyer, Hang Kebun.
D: Terlalu meminati Bandi Amuk, sebab tu la dier mengamuk.
5. Siapakah nama isteri Parameswara?
A: Parameswari
B: Parameswaja
C: Pramugari
D: Pramugara terlampau
SUBJEK : Ekonomi Asas
1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?
A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu.
2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.
A: Sistem Barter
B: Sistem batu bata
C: Sistem kasut Bata
D: Sistem Marjerin dan butter
3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?
A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.
B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.
C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.
D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.
4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?
A: Duitmu, duitku jua, duitku, duit akulah.
B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.
C: Makan dulu, pastu blah jer.
D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang untuk membayar hutang.
5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?
A: Kumpulan Search
B: Kumpulan X-Rider
C: Kumpulan Kekanak Spastik
D: Kumpulan Anjing Jalanan
Posted at 02:20 am by Mr_Ahaks
Permalink